Tarikh :24 November 2023
Masa : 3.30 petang- 4.30 petang
Lokasi :PEDi Kg Kemabong
Peserta :1 Orang
TAJUK:
Belajar Mengedit Video
   
AKTIVITI:

Seorang pelajar sekolah menengah yang datang ke PEDi meminta bantuan untuk mempelajari perisian Microsoft Word dalam pembuatan jadual menggunakan perisian tersebut. Disebabkan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perisian tersebut, pelajar tersebut meminta petugas yang ada untuk memberikannya tunjuk ajar. Akhirnya setelah berusaha mempelajarinya, pelajar tersebut berjaya untuk menguasai teknik membuat jadual dengan menggunakan Microsoft Word.

Gambar di sini

Tarikh :23 November 2023
Masa : 3.30 petang- 5.00 petang
Lokasi :PEDi Kg Kemabong
Peserta :5 Orang
TAJUK:
Belajar Mengedit Video
   
AKTIVITI:

Beberapa orang pelajar datang ke PEDi Kg Kemabong untuk mengerjakan tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Mereka memilih PEDi kerana ianya dekat dengan sekolah dan mempunyai petugas yang boleh mereka dapatkan tunjuk ajar. Petugas yang ada membantu mereka dan memberikan langkah-langkah bagaimana untuk mengedit video yang mereka perlukan. 

Gambar di sini

Tarikh :18 November 2023
Masa : 2.00 petang- 4.00 petang
Lokasi :Bilik Latihan, PEDi Kg Kemabong
Peserta :6 Orang
TAJUK:
Kelas ICT 
   
AKTIVITI:

Seramai 6 orang pelajar mengikuti kelas ICT yang diadakan pada hari tersebut. Para pelajar yang datang diajar mengenai Microsoft Word. Beberapa teknik IT yang diberikan agar para pelajar lebih mahir menggunakan perisian ini selain daripada teknik asas. Banyak faedah yang didapati para pelajar sepanjang sesi.

Gambar di sini

Tarikh :21 November 2023
Masa : 3.30 petang- 4.00 petang
Lokasi :PEDi Kg Kemabong
Peserta :1 Orang
TAJUK:
Celik IT 
   
AKTIVITI:

Seorang pelajar yang ingin belajar mengenai Microsoft Powerpoint diberikan tunjuk ajar mengenai cara-cara menggunakan perisian tersebut. Selain memperoleh ilmu baharu, pelajar tersebut juga semakin cekap untuk menggunakan komputer dan alat-alat kemudahan yang lain yang terdapat dalam PEDi.

Gambar di sini

Tarikh :14 November 2023
Masa : 3.30 petang- 4.00 petang
Lokasi :PEDi Kg Kemabong
Peserta :1 Orang
TAJUK:
Celik IT 
   
AKTIVITI:

Seorang pelajar yang datang ke PEDi menggunakan kemudahan yang ada kemudiannya diajar dengan cara-cara untuk membuat resume secara ringkasnya. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar Tingkatan 5 pada tahun ini,ini memberikannya kelebihan sebagai persediaan awal bagi membuat resume sendiri.

Gambar di sini

Sub-kategori