Tarikh :20 Januari 2024
Masa :2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi PEDi Kg Kemabong
Peserta :7 Orang
TAJUK:
Mesyuarat Penjaja Kecil Kemabong
   
AKTIVITI:

Seramai 7 orang penjaja yang datang ke PEDi dan menggunakan bilik latihan PEDi Kg Kemabong sebagai tempat untuk mengadakan mesyuarat tahunan mereka bagi awal tahun 2024. Mereka telah biasa menggunakan bilik latihan PEDi Kg Kemabong untuk pertemuan kerana biasa dengan kemudahan yang telah disediakan. 

Gambar di sini

Tarikh :13 Januari 2024
Masa :2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi PEDi Kg Kemabong
Peserta :3 Orang
TAJUK:
Melayari Internet
   
AKTIVITI:

Beberapa orang pelajar sekitar PEDi Kg Kemabong datang ke PEDi untuk melayari internet dan menggunakan kemudahan yang telah disediakan. Pelajar yang datang menggunakan internet untuk menambah ilmu dan kemahiran sedia ada mereka. Ini membantu mereka mengenali komputer dengan baik. 

Gambar di sini

Tarikh :6 Januari 2024
Masa :2.00 petang- 4.00 petang
Lokasi PEDi Kg Kemabong
Peserta :8 Orang
TAJUK:
Kelas Asas Microsoft Word - Brochure
   
AKTIVITI:

Seramai 8 orang pelajar datang ke PEDi Kg Kemabong untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan oleh petugas PEDi. Pelajar yang hadir diajar bagaimana untuk menghasilkan brochure menggunakan Microsoft Word. Pelbagai teknik dan kemahiran menggunakan Microsoft Word diberikan sebagai input bagi pelajar yang hadir.

Gambar di sini

Tarikh :9 Januari 2024
Masa :8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi PEDi Kg Kemabong
Peserta :30 Orang
TAJUK:
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU)
   
AKTIVITI:

Komuniti setempat hadir ke PEDi Kg Kemabong bagi mendaftarkan diri dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pada 1 Januari 2024 lalu. Disebabkan itu, PEDi di seluruh negara menjadi lokasi pendaftaran bagi masyarakat luar bandar yang mempunyai akses internet yang kurang baik. Oleh itu, PEDi mulai dikunjungi oleh masyarakat setempat bagi pendaftaran.

Gambar di sini

Tarikh :23 Disember 2023
Masa :2.00 petang- 4.00 petang
Lokasi PEDi Kg Kemabong
Peserta :8 Orang
TAJUK:
Melayari Internet
   
AKTIVITI:

Beberapa orang pelajar datang ke PEDI Kg Kemabong bagi menggunakan kemudahan yang tersedia di dalam PEDi ini. Mereka menggunakan komputer dan internet yang disediakan. Ini menunjukkan komuniti masih menyokong dan memerlukan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital.

Gambar di sini

Sub-kategori