Tarikh :19 Februari 2024
Masa :8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi PEDi Kg Kemabong
Peserta :40 Orang
TAJUK:
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU)
   
AKTIVITI:

Masyarakat sekitar datang ke PEDi Kg Kemabong untuk mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar bagaimana untuk mendaftarkan diri dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada awal tahun ini. Terdapat juga pengunjung yang datang dan menggunakan komputer serta internet PEDi untuk mendaftarkan diri dalam sistem PADU tersebut. Pegawai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia juga turut serta datang ke PEDi bagi membantu masyarakat sekitar mendaftar PADU.

Gambar di sini

Tarikh :20 Februari 2024
Masa :9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi PEDi Kg Kemabong
Peserta :200 Orang
TAJUK:
TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN KEPADA JKKK DAN KETUA KAMPUNG SERTA PEMBUKAAN KAUNTER PADU
   
AKTIVITI:

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Kemabong yang disertai oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua-ketua Kampung dan yang berkaitan. Program ini dianjurkan sebagai pendedahan awal kepada semua yang terlibat mengenai bantuan-bantuan awal pendidikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan juga memberikan sedikit taklimat dan penerangan mengenai sistem PADU. Jabatan Perangkaan yang turut hadir bersama-sama dalam program ini memberikan taklimat kepada semua yang hadir mengenai sistem PADU dan membuka kaunter pendaftaran PADU dibantu oleh staf PEDI.

Gambar di sini

Tarikh :15 Februari 2024
Masa :2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi :Bilik Latihan, PEDi Kg Kemabong
Peserta :3 Orang
TAJUK:
STEM IoT
   
AKTIVITI:

Pendidikan STEM adalah gabungan Science, Technology, Engineering dan Mathematics. Kerjaya masa depan anak-anak bergantung tinggi pada pengetahuan STEM. Peserta yang hadir ke Kelas Pengenalan STEM IoT telah diberikan penerangan ringkas mengenai STEM IoT dan kemudiannya melakukannya dengan menggunakan peralatan yang disediakan. Seramai 3 orang peserta yang hadir dalam kelas STEM IoT yang diadakan. Mereka membuat tangan robotik yang mereka pelajari dan berjaya menghasilkannya dengan baik.

Gambar di sini

Tarikh :17 Februari 2024
Masa :2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi PEDi Kg Kemabong
Peserta :4 Orang

 

TAJUK:
Kelas Asas Microsoft
   
AKTIVITI:

Kelas yang diadakan di dalam bilik latihan dihadiri seramai 4 orang pelajar. Asas yang diajar adalah Microsoft Words dan memperkenalkan kepada pelajar berkenaan dengan bagaimana menggunakan papan kekunci dengan betul dan baik. Selain itu, terdapat juga pembelajaran mengenai memperhalusi cara menaip yang baik.

Gambar di sini

 

Tarikh :12 Februari 2024
Masa :8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi PEDi Kg Kemabong
Peserta :30 Orang

TAJUK:
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU)
   
AKTIVITI:

Masyarakat sekitar datang ke PEDi Kg Kemabong untuk mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar bagaimana untuk mendaftarkan diri dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada awal tahun ini. Terdapat juga pengunjung yang datang dan menggunakan komputer serta internet PEDi untuk mendaftarkan diri dalam sistem PADU tersebut.Pegawai MyStep daripada Jabatan Perangkaan Malaysia yang ditugaskan membantu para pengunjung yang ingin mendaftarkan akaun PADU mereka.

Gambar di sini

Sub-kategori