Tarikh :28 Disember 2023
Masa :2.00 petang- 4.00 petang
Lokasi Bilik Latihan, PEDi Kg Kemabong
Peserta :6 Orang
TAJUK:
Asas Canva
   
AKTIVITI:

Beberapa orang pelajar datang ke PEDI Kg Kemabong mengikuti kelas asas bagi menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi ini sangat berguna bagi para pelajar khususnya dalam membuat poster, resume dan banyak lagi sebagai kemahiran asas mereka yang sangat diperlukan pada masa ini. 

Gambar di sini

Tarikh :19 Disember 2023
Masa :2.00 petang- 4.00 petang
Lokasi Bilik Latihan, PEDi Kg Kemabong
Peserta :3 Orang
TAJUK:
Asas Shopee
   
AKTIVITI:

Seramai 3 orang usahawan yang hadir ke PEDi Kg Kemabong untuk belajar mengenai perniagaan secara dalam talian melalui aplikasi Shopee. Usahawan diberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuka akaun Shopee dan seterusnya menjadi akaun penjual. 

Gambar di sini

Tarikh :29 November 2023
Masa :8.30 pagi- 6.00 petang
Lokasi :PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE
Peserta :3000 Orang
TAJUK:
Persidangan Pusat Ekonomi Digital Madani 2023
   
AKTIVITI:

Semua Petugas PEDi seluruh Malaysia termasuk PEDi Kg Kemabong telah menghadiri Persidangan PEDi Madani 2023 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Malaysia (PICC) pada 29 November. Persidangan ini bertemakan "PEDi Pemangkin Ekonomi Digital Negara". Persidangan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Perdana Menteri Malaysia. 

Gambar di sini

Tarikh :09 Disember 2023
Masa :2.00 petang- 4.00 petang
Lokasi Bilik Latihan, PEDi Kg Kemabong
Peserta :5 Orang
TAJUK:
Asas Microsoft Word 
   
AKTIVITI:

Para pelajar PEDi Kg Kemabong telah diajar mengenai asas Microsoft Word iaitu cara menaip karangan, cara menambah jadual dan banyak lagi. Pengetahuan ini amat berfaedah bagi mereka kerana mereka masih berada di bangku sekolah yang memerlukan banyak kemahiran dalam menggunakan teknologi masa sekarang.

Gambar di sini

Tarikh :25November 2023
Masa : 2.00 petang- 4.00 petang
Lokasi :Bilik Latihan, PEDi Kg Kemabong
Peserta :5 Orang
TAJUK:
Kelas ICT - Microsoft Word
   
AKTIVITI:

Seramai 5 orang pelajar mengikuti kelas ICT yang diadakan pada hari tersebut. Para pelajar yang datang diajar mengenai Microsoft Word. Beberapa teknik IT yang diberikan agar para pelajar lebih mahir menggunakan perisian ini selain daripada teknik asas. Pelajar juga ditunjukan bagaimana untuk menghasilkan carta pai dengan hanya menggunakan Microsoft Word. Banyak faedah yang didapati para pelajar sepanjang sesi.

Gambar di sini

Sub-kategori