Tarikh | :11 November 2023 |
Masa | : 9.00 pagi- 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi Kg Kemabong |
Peserta | :40 Orang |
TAJUK: |
|
Program Mini Hari Terbuka | |
AKTIVITI: |
|
Kira-kira seramai 40 orang pengunjung mendatangi PEDi Kg Kemabong sempena dengan Program Mini Hari Terbuka. Program yang bermula dari jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan pendaftaran dan kunjungan para pengunjung ke pameran yang telah disediakan. Kemudian pelbagai acara yang diadakan antaranya ialah Taklimat dan Promosi PEDi Kg Kemabong, taklimat kesedaran akan penyakit berjangkit "Batuk Kokol dan Demam Campak" daripada Klinik Kesihatan Kemabong dan Kelas Usahawan serta disusuli dengan Kuiz secara dalam talian. Program ini juga mendapat sokongan daripada Pejabat Daerah Kecil Kemabong dengan menghantar wakil perasmi majlis. |
|
Tarikh | :9 November 2023 |
Masa | : 9.00 pagi- 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi Kg Kemabong |
Peserta | :10 Orang |
TAJUK: |
|
Program Mini Hari Terbuka | |
AKTIVITI: |
|
Seramai 10 orang pelajar sekolah menengah sesi petang mengikuti aktiviti sempena dengan Program Mini Hari Terbuka PEDi Kg Kemabong yang diadakan. Antara aktiviti yang diikuti oleh pelajar-pelajar tersebut ialah Pertandingan Melukis, STEM-IoT dan Kuiz secara dalam talian. |
|
Tarikh | :28 Oktober 2023 |
Masa | :2.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | :Meja Belajar, PEDi Kg Kemabong |
Peserta | :3 Orang |
TAJUK: |
|
STEM IoT | |
AKTIVITI: |
|
Pendidikan STEM adalah gabungan Science, Technology, Engineering dan Mathematics. Kerjaya masa depan anak-anak bergantung tinggi pada pengetahuan STEM. Peserta yang hadir ke Kelas Pengenalan STEM IoT telah diberikan penerangan ringkas mengenai STEM IoT dan kemudiannya melakukannya dengan menggunakan peralatan yang disediakan. Seramai 3 orang peserta yang hadir dalam kelas STEM IoT yang diadakan. |
|
Tarikh | :30 Oktober 2023 |
Masa | : 2.00 petang- 4.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Kemabong |
Peserta | :8 Orang |
TAJUK: |
|
Tabika | |
AKTIVITI: |
|
Seramai 8 orang guru Tabika sekitar Kg Kemabong datang ke PEDi Kg Kemabong untuk mengemaskini pekerjaan mereka secara dalam talian. Mereka menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam PEDi. |
|
Tarikh | :21 Oktober 2023 |
Masa | :3.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | :Meja Belajar, PEDi Kg Kemabong |
Peserta | :2 Orang |
TAJUK: |
|
STEM IoT | |
AKTIVITI: |
|
Seramai 2 orang pelajar yang mengikuti aktiviti STEM IoT yang diadakan di Meja Belajar, PEDi Kg Kemabong. Pelajar ditunjukkan video contoh STEM IoT yang ringkas, kemudian pelajar melakukan sendiri dengan menggunakan peralatan yang telah disediakan. |
|