Kira-kira seramai 40 orang pengunjung mendatangi PEDi Kg Kemabong sempena dengan Program Mini Hari Terbuka. Program yang bermula dari jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan pendaftaran dan kunjungan para pengunjung ke pameran yang telah disediakan. Kemudian pelbagai acara yang diadakan antaranya ialah Taklimat dan Promosi PEDi Kg Kemabong, taklimat kesedaran akan penyakit berjangkit "Batuk Kokol dan Demam Campak" daripada Klinik Kesihatan Kemabong dan Kelas Usahawan serta disusuli dengan Kuiz secara dalam talian. Program ini juga mendapat sokongan daripada Pejabat Daerah Kecil Kemabong dengan menghantar wakil perasmi majlis.
|