PUSAT KEBUDAYAAN MURUT TENOM SABAH

Pusat Kebudayan Murut Tenom Sabah telah beroperasi sejak 01 Januari 1997 di bawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Pusat ini terletak di kampung Pulong iaitu kira-kira 45km dari Kemabong dan 13km dari Pekan Tenom. Pusat ini dibina di atas kawasan seluas 33 hektar. Pusat ini berfungsi sebagai tempat mesyuarat, seminar dan bengkel, pusat pameran yang merangkumi aspek kehidupan, sejarah dan perkembangan budaya bangsa Murut dan pementasan kebudayaan.

Para pengunjung boleh mengunjungi Pusat Kebudayaan Murut Tenom Sabah melalui jalan Kota Kinabalu-Tambunan-Keningau dan berhenti sebelum sampai ke Pekan Tenom. Hal ini kerana, Pusat ini terletak sebelum pekan Tenom. Jalan lain untuk sampai ke tempat ini ialah menggunakan perkhidmatan kereta api iaitu melalui jalan Tanjung Aru dan berakhir di Stesen Kereta api Tenom.

kebudayan-murut kebudayaan-murut

 

 

TAMAN PERTANIAN SABAH

Taman Pertanian Sabah merupakan salah satu tempat yang menarik dan mempunyai pelbagai spesies tanaman. Tempat ini terletak di Lagud Seberang dengan jarak kira-kira 42km dari Kemabong. Dengan Berlatar belakangkan Banjaran Crocker (banjaran terpanjang di Malaysia), wujud pemandangan indah di taman ini dan menarik pelancong dari dalam dan luar negeri. Lebih 400 jenis tumbuhan dan spesies orkid di Borneo terdapat di taman ini. Tempat ini juga sesuai untuk aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dan satu tempat percutian. Yuran kemasukan ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

 

Taman-Pertanian-Sabah-tenom

 

 

KOPI TENOM SABAH

i) Fatt Choi Coffee

Kopi Tenom merupakan satu ikon dan kebanggaan penduduk di Daerah Tenom sejak dari dahulu lagi. Hal ini kerana, kepekatan, aroma dan rasa Kopi Tenom yang sungguh asli dan wangi menjadi tarikan penggemarnya. Tambahan pula, rasa Kopi Tenom sangat berbeza daripada produk kopi lain yang sedia ada di pasaran. di samping itu juga, kandungan kafein yang terkandung dalam Kopi Tenom ini dan pengambilan yang betul boleh meningkatkan tahap kesihatan peminum kopi. Oleh kerana Kopi Tenom menjadi tarikan pengunjung ke Tenom, satu monumen dibina di tengah-tengah pekan Tenom untuk menyatakan bahawa industri kopi telah berkembang di Tenom. Terdapat beberapa kilang kopi yang wujud untuk memastikan industri ini terus maju dan berkembang di Tenom iaitu Kilang Kopi Yit Foh, Kilang Kopi Fatt Choi, Kilang Kopi Tong Fah dan lain-lain. Pengunjung yang datang ke Tenom harus mencuba kehebatan rasa Kopi Tenom yang asli.

 
 
fatt-choi coffee
 
The Fatt Choi coffee Tenom juga telah mewujudkan satu tempat iaitu Fatt Choi Cabin & The dawn of Tenom untuk tempat bermalam dan juga tempat santai untuk pengunjung. 
 
 
 
fatt-choi cabin
fatt-choi-cabin
 
 

ii) Yit Foh Coffee

Yit Foh Coffee telah ditubuhkan sejak tahun 1960 oleh Mr. Yong Loong Vun. Ia pertama kali bermula dengan kopi kilang tertua dan salah satu kilang kopi yang paling terkenal di Sabah. Pada tahun 2017, Yit Foh Coffee Par yang terdiri daripada Restoran Yit Foh Robusta dan Coffee Park Cottage, telah dilahirkan.

 

yit-foh coffee

 

 

yif-foh-Tenom

 

ii) Yit Foh Coffee

Yit Foh Coffee telah ditubuhkan sejak tahun 1960 oleh Mr. Yong Loong Vun. Ia pertama kali bermula dengan kopi kilang tertua dan salah satu kilang kopi yang paling terkenal di Sabah. Pada tahun 2017, Yit Foh Coffee Par yang terdiri daripada Restoran Yit Foh Robusta dan Coffee Park Cottage, telah dilahirkan.

yit-foh coffee

yif-foh-Tenom

 

WHITE WATER RAFTING TENOM SABAH

Sungai Padas terletak di kawasan Tenom dan Long Pasia di Selatan Kota Kinabalu Sabah. Daerah Tenom sememangnya terkenal dengan aktiviti lasaknya iaitu aktiviti berkayak atau lebih dikenali sebagai 'white water rafting'. Aktiviti ini telah menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk mencuba aktiviti yang mencabar ini. Panjang Sungai Padas adalah 30KM dan amat sesuai untuk aktiviti berkayak dan telah diiktiraf antara sungai yang mempunyai jeram yang paling selamat di Asia Tenggara. Di sepanjang sungai ini juga dibina landasan kereta api yang mana menarik perhatian para pelancong yang melihatnya ketika berada di sungai ini. Terdapat sembilan (9) laluan yang harus diharungi semasa berkayak iaitu capsize drill, head hunter rapids, scooby doo, cobra point, lambada, body rafting area, curve, merry go round dan snake house

 

Rafthing

 

BATU BERUKIR LUMUYU

Batu Berukir ini terletak di Kampung Bakuku, Ulu Tomani.
Kampung Ulu Tomani adalah terletak 64km dari Pekan Tenom. Perjalanan ke sini akan mengambil masa selama 1 jam 30 minit dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Bagaimana pun untuk sampai ke Batu Berukir, pelawat perlu berjalan kaki selama 30 minit melalui bendang dan anak bukit.

 

42317194 948865848639484 6343123335584415744 n