PEDi-Kg-Kemabong

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG KEMABONG

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) atau dalam bahasa Inggeris, National Information Dissemination Centre (NADI) iaitu merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Portal menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Asas Microsoft Office
  • Latihan keusahawanan
  • STEM - IoT
  • Soft - Skill
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
Pendaftaran keahlian NADI Kg Kemabong telah dibuka kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada Mac 2022. Masyarakat Pekan Kecil Kemabong di alu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli NADI untuk menikmati keistimewaan 
 
 

JUMLAH AHLI TERKINI

216 AHLI

 
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami:

 
 
Tuding-Jawai
 
PENGURUS
  
NAMA : ENCIK TUDING JAWAI
MULA BERKHIDMAT : 11 FEBRUARI 2022
 
 
 
 
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
NAMA : PUAN DETFARINA ANTANOM
MULA BERKHIDMAT : 5 APRIL 2024