Kauran-Logo Kauran-Poster-Iklan Kauran-Poster

Berikut merupakan Usahawan PEDi Kg Kemabong iaitu Puan Emilda Natalie Lee. Beliau menjalankan usahawan yang bermotifkan aktiviti pelancongan dan rekreasi. Aktiviti Pelancongan dan Rekreasi ini merangkumi aktiviti bermandi manda di sungai, aktiviti memancing, aktiviti piknik dan sebagainya. Selain itu, Pusat Rekreasi Kauran ini juga menyediakan tempat menginap bagi yang ingin tidur di sini. Bagi mereka yang ingin menginap di sini, boleh rujuk di poster yang disediakan atau boleh terus hubungi nombor yang tertera di poster yang disediakan. Pusat Rekreasi Kauran ini juga sudah dikenali ramai dan sering dilawati dan berpiknik di sini. Tempat ini sudah dikenali di seluruh Tenom dan ada juga daripada warga Keningau yang berkunjung di sini termasuklah semua warga Sabah. 

 

 Poster-Produk

Puan Yasiah Binti Kelagoh merupakan usahawan kuih muih di Kampung Kemabong. Kuih muih beliau telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada  penduduk kampung. Bukan itu sahaja, produknya sudah semakin terkenal sehingga luar daripada kawasan kampung seperti di Pekan Tenom, kampung-kampung dan lain-lain. Beliau telah mula menjalankan bisnes ini sejak dua tahun lalu dan bisnes beliau semakin berkembang sehingga kini. Untuk mengembangkan lagi bisnes beliau, Puan Yasiah telah mendapatkan tunjuk ajar daripada Pusat Ekonomi Digital Kampung Kemabong untuk memperluaskan lagi pengetahuan ICT dan pengetahuan tentang mempromosikan produk melalui kemudahan internet. Kuih muih ini merangkumi Kuih Karipap, Kuih Bulan, Kuih Bijan, Kuih Lenggang, Kuih Piang, Kuih Masin dan sebagainya.