Tarikh | :15 Ogos 2022 |
Masa | :8.30 pagi - 10.30 tengahari |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :2 orang |
TAJUK: | |
Temuduga | |
AKTIVITI: |
|
Satu temuduga telah diadakan di PEDi Kg Kemabong iaitu Puan Ainah @ Felleyzia Binti Pisara dan Puan Jailin Binti Ampalang. Temuduga untuk ke jawatan tetap iaitu sebagai guru tetap di Tabika Kemas Kemabong. |
|
Tarikh | :16 Ogos 2022 |
Masa | :8.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | :Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom |
TAJUK: |
|
Program Klik Dengan Bijak (KDB) | |
AKTIVITI: |
|
Satu Program Klik Dengan Bijak (KDB) bersama kakitangan Kerajaan di Daerah Tenom telah diadakan pada 16 Ogos 2022 yang mana telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mas Syazwan Masood, Pegawai Daerah Tenom. |
|
Tarikh | :20 Ogos 2022 |
Masa | :4.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | :Dewan Terbuka, Dataran Kemabong |
Peserta | :80 orang |
TAJUK: | |
Jom Sihat Bersama Komuniti | |
AKTIVITI: | |
Satu aktiviti zumba telah diadakan sempena program Hari Bersama Komuniti iaitu Zumba 1 Hour Non-stop. | |
Tarikh | :21 Ogos 2022 |
Masa | :2.00 petang - 5.30 petang |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :20 orang |
TAJUK | |
Program Keusahawanan | |
AKTIVITI: | |
Program Keusahawanan telah diadakan sempena Hari Bersama Komuniti yang mana disertai para usahawan yang terdapat di daerah Kemabong ini. | |
Tarikh | :23 Ogos 2022 |
Masa | :2.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :14 orang |
TAJUK | |
Kelas ICT | |
AKTIVITI: | |
Para pelajar diajar mengenai asas Microsoft Word. Para pelajar juga membuat poster sempena Hari Kemerdekaan dan bermain Kahoot. | |
Tarikh | :24 Ogos 2022 |
Masa | :8.30 pagi - 10.30 pagi |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :21 orang |
TAJUK | |
Kelas ICT | |
AKTIVITI: | |
Para murid Tadika Kemas Kemabong diajar mengenai asas Komputer. Selain itu, aktiviti mewarna sempena Hari Kemerdekaan dan menonton wayang juga diadakan di PEDi Kemabong. | |
Tarikh | :25 Ogos 2022 |
Masa | :8.00 pagi - 1.30 petang |
Lokasi | :Dewan Terbuka, Dataran Kemabong |
Peserta | :210 orang |
TAJUK | |
Hari Bersama Komuniti | |
AKTIVITI: | |
Program Hari Bersama Komuniti telah diadakan dan pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu: 1) Taklimat Berkaitan PEDi 2) Taklimat 'Keluarga Malaysia & Rukun Negara' oleh Jabatan Penerangan Tenom 3) Taklimat 'Penyalahgunaan Dadah' oleh PDRM Tenom 4) Taklimat 'Klik Dengan Bijak' oleh MCMC Pejabat Cawangan Keningau 5) Perasmian Hari Bersama Komuniti oleh Encik Zakharia Jamal, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong |
|
Tarikh | :28 Jun 2022 |
Masa | :8.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :38 orang |
TAJUK: | |
Program Taklimat Isu-Isu Semasa Siri 2 Bersama Jabatan Penerangan dan Ketua-Ketua Komuniti Kawasan Kemabong | |
AKTIVITI: |
|
Satu Program Taklimat Isu-Isu Semasa Bersama Jabatan Penerangan Daerah Tenom yang dirasmikan oleh Tuan Zainal Romeo, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong. Program ini turut disertai oleh Tuan Sabili Ahunang, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Kemabong. Tuan Sahiman Rahman, Pegawai Penerangan Tenom. Inspektor Tuan Siri Piuh dari PDRM Tenom dan Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Kampung bagi Mukim Kemabong. |
|
Tarikh | :29 - 30 Jun 2022 |
Masa | :8.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | :Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu |
TAJUK: |
|
Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Peringkat Negeri Sabah | |
AKTIVITI: |
|
Satu Program pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia telah diadakan di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu yang mana dianjurkan oleh Pihak SKMM Sabah dan seterusnya disertai semua PEDI yang ada di Sabah ini. Pelbagai perkongsian dijalankan sepanjang program tersebut antaranya ialah pembentangan hala tuju PEDI yang dibentangkan oleh Tuan Haji Bukhari Yahya. Selain itu, sesi Rangkaian PAKEJ yang disampaikan oleh En Tukefli Khazali. Seterusnya taklimat daripada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dan Taklimat Berkenaan dengan Platform Pemasaran AgroBazaar daripada FAMA Sabah. Akhir sekali, Perkongsian Usahawan Berjaya (Usahawan PERDIKS Tuaran di bawah Bimbingan PEDI PPR Rugading) iaitu En Azlee Okee. |
|
Tarikh | :4 Julai 2022 |
Masa | :10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :2 orang |
TAJUK: | |
Kelas ICT | |
AKTIVITI: | |
Para murid diajar berkaitan asas komputer seperti melayari internet, cara menghidupkan komputer dan fungsi-fungsi komputer yang lain. | |
Tarikh | :12 Julai 2022 |
Masa | :10.00 tengahari - 11.30 petang |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :1 orang |
TAJUK | |
Menghadiri Program Klik Dengan Bijak Siri 2022 - Membina Reputasi Digital | |
AKTIVITI: | |
Melalui taklimat yang disampaikan oleh Encik Ts. Faizul Azlee, kita dapat simpulkan bahawa kita haruslah sentiasa peka dan berhati-hati apa yang kita katakan dalam media sosial terutama sekali berkaitan apa yang kita kongsikan dalam media sosial. Kita juga haruslah tidak berkongsi data peribadi kita terutama berkaitan imej kita sendiri. Kita hendaklah menetapkan privasi pada tapak media sosial kita agar dapat mengawal sebarang perkara daripada dilihat oleh orang yang kita tidak kenali tentang kehidupan kita. | |
Tarikh | :19 Julai 2022 |
Masa | :10.00 tengahari - 11.30 petang |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :1 orang |
TAJUK | |
Menghadiri Program Klik Dengan Bijak Siri 2022 - Penipuan Dalam Talian - Internet: Selamat atau Tidak? | |
AKTIVITI: | |
Melalui taklimat yang disampaikan oleh Puan Fadzliah Mazlina Mohammad, kita dapat simpulkan bahawa kita haruslah sentiasa berhati-hati ketika menggunakan media sosial terutama berkaitan dengan aktiviti scammer yang sedang berleluasa di negara kita sekarang ini. Aktiviti scammer adalah seperti penipuan melalui panggilan telefon, Penipuan jual beli di internet, Phishing, Penipuan Cinta, Penipuan Pinjaman tidak wujud, Penipuan Whatsapp dan sebagainya. Di akhir program, Puan Fadzliah mengatakan Internet selamat atau tidak? Kita sendiri yang menentukannya. | |
Tarikh | : 14 Mei 2022 |
Masa | : 2.00-4.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta |
: 2 Orang |
TAJUK:
Melayari Internet
AKTIVITI:
Pada 14 Mei 2022, Encik Ali dan adik Dev Ell datang ke PEDi untuk melayari internet dan Encik Ali tidak berapa mahir menggunakan komputer. Petugas mengajar Encik Ali dan adik Dev Ell cara menggunakan komputer dan seterusnya Encik Ali boleh menggunakan komputer tanpa bantuan petugas.
Tarikh | :25 Mei 2022 |
Masa | :9.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | :Pejabat Penerangan Daerah Tenom |
TAJUK: | |
Outreach Program Bersama Jabatan Penerangan dan Ketua-Ketua Komuniti Daerah Tenom | |
AKTIVITI: |
|
Pengurus dijemput untuk menghadiri dan memberi ceramah sempena Program bersama Jabatan Penerangan Daerah Tenom dan ketua-ketua Komuniti Daerah Tenom. Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) | |
Tarikh | :7 Jun 2022 |
Masa | :10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :1 orang |
TAJUK: |
|
Menghadiri Program Klik Dengan Bijak Siri 2022 - Malumat Palsu (Berita Palsu Perosak Masyarakat) | |
AKTIVITI: |
|
Melalui taklimat yang disampaikan oleh Encik Hazlami Othman, kita dapat simpulkan bahawa kita janganlah mudah percaya kepada mana-mana maklumat yang dikongsikan di media sosial atau platform-platform yang lain yang mana kesahihannya tidak dapat dipastikan lagi. Oleh itu, jika kita mendapat mana-mana berita yang baru, kita hendaklah merujuk kepada mereka yang boleh dipercayai kesahihannya seperti portal sebenarnya.my yang boleh dilayari di google atau aplikasi sebenarnya.my. |
|
Tarikh | :14 Jun 2022 |
Masa | :10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :1 orang |
TAJUK: | |
Menghadiri Program Klik Dengan Bijak Siri 2022 - Penipuan Kewangan (Awas! Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian) | |
AKTIVITI: | |
Melalui taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohd Izwan Ismail, kita dapat simpulkan bahawa kita haruslah berhati-hati dengan apa yang kita lakukan terutama sekali berkaitan dengan kewangan iaitu berkaitan dengan jenayah penipuan kewangan dalam talian seperti pinjaman tidak wujud, macau scam, love scam dan penipuan e-dagang, pelaburan tidak wujud dan penyamaran dalam media sosial. | |
Tarikh | :14 Jun 2022 |
Masa | :12.30 tengahari - 1.30 petang |
Lokasi | :Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | :3 orang |
TAJUK | |
Kelas ICT | |
AKTIVITI: | |
Para pelajar diajar mengenai scammer yang mana diajar cara untuk mengenali dan mengenalpasti scammer yang sekarang sedang berleluasa di negara kita. Selain itu, mereka juga diajar bagaimana untuk mengatasi dan cara untuk mengelak daripada terjebak daripada aktiviti scammer ini. | |
Tarikh | : 7 April 2022 |
Masa | : 2.00-3.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta |
: 1 Orang |
TAJUK:
Menjawab soalan Peperiksaan SPA9
AKTIVITI:
Pada 7 April 2022, adik Dominic datang ke PEDi Kg Kemabong untuk menjawab soalan peperiksaan SPA9 sebagai salah satu syarat dalam memasuki perkhidmatan awam. Adik ini merasa sangat bertuah sebab dapat menggunakan kemudahan di sini semasa menjawab soalan peperiksaan itu. Dia juga menambah, dia dapat menjawab soalan dengan baik dan lancar kerana kelajuan internet sangat pantas di PEDi Kg Kemabong.
Tarikh | : 22 April 2022 |
Masa | : 9.00-10.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kemabong |
Peserta | : 1 Orang |
TAJUK:
Melayari Internet
AKTIVITI:
Pada 22 April 2022, adik Chrysten Dax datang ke PEDi Kg Kemabong untuk melayari internet dan menggunakan perkhidmatan yang ada di sini.