Tarikh | :10 Mac 2023 |
Masa | :7.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | :Giatmara Tenom |
Peserta | :50 Orang |
TAJUK: |
|
Program Klik Dengan Bijak Kerjasama antara MCMC, Giatmara dan PEDi Kluster Daerah Tenom | |
AKTIVITI: |
|
Program Klik Dengan Bijak telah diadakan di Giatmara Tenom dengan aktiviti zumba di awal pagi bagi menyihatkan badan serta menyegarkan minda. Seterusnya, aktiviti KDB dijalankan oleh Cik Syahfierah Sukor, Penolong Pengarah MCMC Cawangan Keningau beserta kuiz Mycybergenius bagi meningkatkan serta mengukuhkan lagi pengetahuan berkaitan scammer. Selain itu, aktiviti sketsa daripada para pelatih Giatmara juga dijalankan atas tunjuk ajar petugas PEDi berkaitan dengan kesedaran akan scammer yang sangat berleluasa di negara kita.
|
|
Tarikh | :9 Mac 2023 |
Masa | :2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | :Bilik Training, PEDi Kg Kemabong |
Peserta | :5 Orang |
TAJUK: |
|
Kelas ICT - Asas Microsoft Word | |
AKTIVITI: |
|
Para pelajar PEDi Kg Kemabong diajar mengenai asas menggunakan Microsoft Word. Mereka diajar cara-cara untuk menaip dengan mengaplikasikan beberapa asas seperti 'Bold', 'Italic', 'Underline' tulisan. Selain itu juga, mereka diajar cara untuk 'highlight' ayat, menukarkan font, mengecilkan/membesarkan saiz font dan sebagainya. |
|
Tarikh | :2 Mac 2023 |
Masa | :2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | :Bilik Training, PEDi Kg Kemabong |
Peserta | :6 Orang |
TAJUK: |
|
Kelas ICT - Canva (Menbuat Poster sempena Hari Raya) | |
AKTIVITI: |
|
Para pelajar PEDi Kg Kemabong diajar mengenai cara menggunakan Canva dan seterusnya mereka semua diminta untuk menghasilkan satu poster sempena Hari Raya Aidilfitri. Kesemua para pelajar dapat menyiapkan poster dengan baik. |
|
Tarikh | :7 Mac 2023 |
Masa | :2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | :Bilik Training, PEDi Kg Kemabong |
Peserta | :2 Orang |
TAJUK: |
|
Kelas Usahawan - Shopee | |
AKTIVITI: |
|
Para usahawan PEDi Kg Kemabong diajar mengenai cara menggunakan Shopee iaitu ajaran susulan daripada kelas-kelas sebelum ini. |
|
Tarikh | :23 Februari 2023 |
Masa | :10.00 pagi - 12.30 petang |
Lokasi | :Bilik Training, PEDi Kg Kemabong |
Peserta | :8 Orang |
TAJUK: |
|
Kelas ICT - Latihan Membuat Origami | |
AKTIVITI: |
|
Para pelajar PEDi Kg Kemabong belajar membuat origami menggunakan kertas dan berpandukan pada Youtube untuk membuat bentuk origami yang mereka sukai yang mana kelas ini merupakan kelas sambungan bagi kelas yang sebelum ini. Di sini mereka dapat mengasah bakat mereka dalam mereka bentuk pelbagai benda. |
|