Tarikh :20 Februari 2023
Masa :2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi :Bilik Training, PEDi Kg Kemabong
Peserta :5 Orang
TAJUK:
Kelas ICT - Membuat Origami
   
AKTIVITI:

Para pelajar PEDi Kg Kemabong belajar membuat origami menggunakan kertas dan berpandukan pada Youtube untuk membuat bentuk origami yang mereka sukai. Di sini mereka dapat mengasah bakat mereka dalam mereka bentuk pelbagai benda seperti kapal, rumah, rama-rama, burung dan sebagainya.

Gambar di sini

 

Tarikh :16 Februari 2023
Masa :2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi :Bilik Training, PEDi Kg Kemabong
Peserta :5 Orang
TAJUK:
Kelas ICT - Latihan Menaip
   
AKTIVITI:

Para pelajar PEDi Kg Kemabong diajar mengenai latihan menaip menggunakan aplikasi yang terdapat di Google. Di sini mereka dapat mempraktikkan kelajuan jari jemari mereka dalam menaip. Kebanyakkan daripada mereka masih lemah dalam menaip dan terdapat banyak kesalahan perkataan. Latihan menaip ini akan diteruskan lagi untuk kelas-kelas seterusnya.

Gambar di sini

Tarikh :7 Februari 2023
Masa :2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi :Bilik Training, PEDi Kg Kemabong
Peserta :6 Orang
TAJUK:
Kelas Usahawan
   
AKTIVITI:

Para usahawan diberi taklimat Klik Dengan Bijak yang bertajuk 'Terlebih Kongsi'.

Para usahawan PEDi diajar mengenai cara mendaftar di Shopee dan seterusnya diajar cara untuk mendaftar di Shopee Seller. Kesemua usahawan PEDi telah menpunyai akaun Shopee masing-masing.

Gambar di sini

Tarikh :14 Februari 2023
Masa :2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi :Bilik Training, PEDi Kg Kemabong
Peserta :7 Orang
TAJUK:
Kelas Usahawan
   
AKTIVITI:

Para usahawan PEDi diajar mengenai Shopee. Para usahawan meneruskan pendaftaran di Shopee yang mana terdapat maklumat yang belum lengkap diisi. Mereka juga diajar mengenai peraturan ketika menjual di Shopee Seller dan cara pembungkusan barang jualan di Shopee.

Gambar di sini

Tarikh :31 Januari 2023
Masa :2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi :Bilik Training, PEDi Kg Kemabong
Peserta :5 Orang
TAJUK:
Kelas Usahawan
   
AKTIVITI:

Para usahawan PEDi diajar mengenai penggunaan Canva dan cara menaip surat menggunakan Microsoft Word. 

Gambar di sini

Sub-kategori