SEJARAH KEMABONG
Kampung Kemabong terletak di dalam daerah Pekan Tenom yang mana Pekan Tenom merupakan pekan paling hampir dengan Kampung Kemabong. Penduduknya mendapat kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan dan keperluan harian di Kampung Kemabong. Kira-kira jarak 37km antara Kampung Kemabong dan Pekan Tenom yang mana terdapat pelbagai kemudahan seperti Hospital, keperluan harian, klinik swasta dan lain-lain lagi di Pekan Tenom. Kemudahan jalanraya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian.
Terdapat dua versi yang agak popular mengenai asal-usul nama KEMABONG.
Pertama mengikut cerita lisan, terdapat sebuah anak sungai kecil yang terletak di kawasan persekitaran Pekan Kemabong yang mengailir terus ke Sungai Padas. Penduduk kawasan persekitaran mendapati air sungai tersebut naik seperti air pasang walaupun tiada hujan turun. Peristiwa kenaikan paras air sungai tersebut menimbulkan kehairanan dan tanda tanya dikalangan penduduk tersebut. Menurut kepercayaan mereka, berkemungkinan didalam sungai tersebut terdapat makhluk atau binatang iaitu seekor ular besar atau naga yang sedang bertapa di dasar sungai tersebut sehingga menyebabkan paras air sunga tersebut naik.
Dalam bahasa suku kaum Murut, air pasang atau naik disebut sebgai KUMABONG. Dikaitkan dengan paras air sungai yang naik atau "kumabong", maka kawasan ini dinamakan sebagai KUMABONG atau yang lebih dikenali sekarang sebagai KEMABONG.
Versi kedua pula Kumabung menurut cerita dari keturunan peniaga Tiong Hwa yang datang ke Kemabong pada tahun 1918, nama Kemabong diambil dari nama sebuah anak sungai kecil yang bermuara di Sungai Padas. Sungai itu sangat ditakuti kerana jika terminum air atau terlangkah sungai itu perut akan menjadi kembong dan kaki akan membengkak.
Di dalam bahasa Murut dan Lundayeh. Kembong atau Bengkak disebut Kemabung. Dari perkataan Kumabung inilah yang akhirnya pada hari ini disebut sebagai Kemabong.
Sungai Kemabung yang dirujuk didalam cerita di atas masih wujud sehingga kini, tetapi ianya tidak lagi menyimpan misteri atau kuasa untuk mendatangkan kecelakaan.
Sumber Rujukan / Carian : https://www.wikiwand.com/ms/Daerah_Kecil_Kemabong#/Sejarah_Kemabong
AHLI PARLIMEN, ADUN, DAN PENOLONG PEGAWAI DAERAH
AHLI PARLIMEN Y.B TUAN RIDUAN BIN RUBIN (P.181 TENOM) |
|
ADUN KAWASAN Y.B DATUK RUBIN BALANG (N.43 KEMABONG) |
|
PENOLONG PEGAWAI DAERAH ZAKHARIA JAMAL |
Sumber Rujukan / Carian : 1. https://pdkkemabong.sabah.gov.my/