Yayasan kebajikan anak-anak Yatim Malaysia (YATIM) telah mengadakan program kolaborasi bersama NADI Kemabong dan NADI Kuala Tomani untuk memberi pendedahan kepada anak-anak yatim Daerah Tenom bagi mempelajari pengetahuan dan menguasai kemahiran asas teknologi maklumat terutamanya Microsoft Word bagi meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk membangun diri sesuai dengan perkembangan arus modenisasi. Antara pengisian Program adalah taklimat daripada NADI dan YATIM serta mempelajari asas Microsoft Words tahap 1 dan Advokasi Klik Dengan Bijak kepada semua anak-anak Yatim Daerah Tenom
|